img1


PENGENALAN



eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam eSPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login.


Antara kebaikan yang boleh diperolehi melalui eSPEKS adalah seperti berikut:

Kualiti perkhidmatan di setiap Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat ditingkatkan dimana makluman pembayaran dapat disampaikan kepada kakitangan awam dan pembekal dengan cepat dan mudah.
 
Apabila kakitangan di Pejabat Perbendaharaan Negeri tidak lagi dibebankan dengan pertanyaan pembayaran, mereka boleh menumpukan tenaga dan masa mereka kepada tugas-tugasan lain. Secara tidak langsung ini dapat menambahkan produktiviti mereka.
 
Pejabat Perbendaharaan Negeri dapat mengurangkan kos bulanan proses gaji apabila slip gaji tidak perlu dicetak lagi. Slip gaji boleh disemak secara 'online' serta dicetak oleh kakitangan terbabit bila diperlukan.
 
Bebanan kerja di Unit Gaji juga dapat dikurangkan apabila slip gaji tidak perlu dicetak, disisih serta dihantar kepada setiap kakitangan yang terbabit. Tumpuan boleh diberi bagi memastikan setiap perubahan gaji yang perlu dilakukan adalah tepat dan betul. Ini dapat mengurangkan masalah semasa proses gaji dijalankan.
 
Kebaikan yang sama juga boleh dinikmati apabila penyata tahunan pendapatan dapat dicapai dan dicetak secara 'online' oleh kakitangan awam yang memerlukannya.
Jumlah Pelawat : 33345

Dasar Privasi || Dasar Keselamatan || Dasar Utama Agensi || Penafian || Soalan-Soalan Lazim || Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2013 Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Sesuai Menggunakan Pelayar Internet Explorer Versi 8 Dan Ke Atas Atau Mozilla Firefox Versi 3 Dan Ke Atas
Dengan Resolusi Skrin 1024x768.
Jabatan Kewangan & Perbendaharaan Negeri Melaka, Aras 2, 3 & 4, Blok Bentara, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Tel : 606-3333333 Fax : 606-2328580